Sesuatu Itu Tidak Selalunya Seperti Yang Kelihatan

“Sesuatu itu tidak selalunya seperti yang kelihatan; penambilan pertama memperdaya ramai orang; hanya yang celik minda dapat melihat apa yang tersembunyi.” – Phaedrus.

Jangan mudah menilai seseorang atau sesuatu pada pandangan pertama, yang biasanya memperdayakan. Ramai yang pandai menyembunyi kelemahan diri, begitu juga ramai yang tidak pandai atau tidak mahu menonjol diri. Sesuatu yang terjadi ada cerita di sebaliknya. Hanya yang cerdik, dapat mengenali diri seseorang yang sebenarnya, atau melihat apa yang tersembunyi di sebalik sesuatu yang berlaku.

Integriti Kualiti Diinginkan

integritiIntegriti adalah melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat atau mengharapkannya.

Integriti adalah kualiti diri yang semua orang inginkan, kecuali mereka yang tiada integriti. Seseorang yang mempunyai integriti bermakna beliau melaksana perkara yang betul dengan cara yang boleh diterima.

Integriti sebenar, atau integriti tahap tertinggi adalah melakukan perkara yang betul pada ketika anda tahu yang tiada siapa akan tahu sama ada anda lakukkannya atau tidak.

Integriti adalah kualiti yang mewujudkan “kegenapan” dan “kesempurnaan”, tiada pecahan atau kecacatan.

Jadi Pendengar Yang Baik

Jadi Pendengar Yang BaikPerhatian dan tumpuan merupakan batu bata untuk hubungan yang kuat.

Menjadi seorang pendengar yang baik membantu anda melihat dunia melalui kaca mata orang lain. Ia memperkayakan kefahaman dan mengembangkan kemampuan anda untuk memahami dan merasa perasaan orang lain.

Kemahiran mendengar yang baik memberikan anda kefahaman yang mendalam mengenai keadaan seseorang.

Rasullullah s.a.w selalu memberi tumpuan kepada orang yang baginda sedang mendengar…Terdapat banyak kisah di mana Rasullullah mendengar dengan penuh perhatian dan fokus walaupun kepada budak kecil.

Artikel Berkaitan:
Jadi Pendengar Yang Baik.

Terima Seadanya

Belajar untuk menerima seseorang atau sesuatu seadanya, bukan seperti yang kita harapkan…

Menerima seseorang seadanya tidak bermakna kita bersetuju dengannya. Anda mungkin tidak suka dengan apa yang mereka lakukan, tetapi apabila anda dapat menerima seseorang seadanya, tingkahlaku mereka tidak mengganggu emosi anda. Itu merupakan satu rahmat, kurang le tekanan perasaan kita.

Kecemerlangan Adalah Pilihan

Kecemerlangan“Cemerlang adalah hasil secara beransur-ansur sentiasa berusaha untuk melakukan yang lebih baik.” – Pat Riley.

Kecemerlangan tidak ada kena mengena dengan bakat, perwatakan, keadaan atau nasib. Kecemerlangan selalunya adalah pilihan. Jika anda mempunyai sikap positif dan sentiasa berusaha untuk melakukan dengan lebih baik, lambat laun anda akan mencapai kecemerlangan.

Tahap pencapaian adalah pilihan. Anda boleh memilih biasa-biasa saja, atau berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Apa yang perlu diingat: Anda tidak boleh meletakkan “cukup” sebagai sasaran dan mengharapkan anda akan dapat mencapai potensi penuh anda.

Anda Akan Dapat Apa Yang Anda Cari

akan ketemu apa dicari“Seseorang itu akan ketemu dengan apa yang dia cari.” – Hamka.

Bila mood anda baik, apa yang anda lihat kebanyakannya baik dan positif. tetapi apabila mood anda tidak baik, semuanya nampak buruk dan negatif.

Berasa tidak puas hati (tidak bersyukur) dengan orang lain, kerja, hubungan, dll, akan membuat kita hanya nampak yang negatif, yang baik terlindung dari pandangan kita.

Anda akan ketemu dengan apa yang anda cari, justeru carilah keindahan. Cari apa yang anda kehendaki pada seseorang, kerja, hubungan, dll; walau pun hanya ada sedikit, terima dan hargainya.

Artikel Berkaitan:
Anda Akan Ketemu Apa Yang Anda Cari

Impian Menjadi Kenyataan

Impian akan menjadi kenyataan hanya jika anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Impian anda akan tercapai jika anda menyediakan perancangan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Apa yang perlu dibuat adalah menentukan dengan jelas apa yang ingin dicapai. Laksana perancangan sedikit demi sedikit setiap hari, insya Allah anda akan mencapai impian anda. Di sepanjang perjalanan, anda akan menemui ranjau dan duri; teruskan perjalanan dan nikmatinya!!!

Kenapa Harus Meninggi Diri

“Dari tanah kita berasal; dan ke tanah kita akan kembali.”

Mari kita sama-sama mengingati diri sendiri:

Kita berasal dari tanah
Berdiri dan berjalan di atas tanah
Makan dan minum kita juga berasal dari tanah
Dan kita akan kembali ke tanah
Lalu, kenapa kita harus meninggi diri?
Ingat, segala yang kita miliki adalah milik Allah Ta’ala
Bahkan diri kita juga milik Allah Ta’ala
Berjalanlah dimuka bumi ini dengan merendahkan hati kita
Kerana kita tiada apa-apa di hadapan Allah Ta’ala…

Alasan Kuat Pemacu Motivasi

Impian tidak akan menggerakkan seseorang untuk maju, alasan kuat disebalik impian itulah yang menggerakkannya.

Alasan kuat tersebut kemungkinan tujuan hidup, matlamat atau visi, atau pun keperluan penting. Tanpa “alasan kuat”, seseorang itu akan kehilangan motivasi untuk melaksana apa yang diperlukan untuk mencapai apa yang diimpikan.

Membahagiakan dan Bahagia

membahagiakanCara terbaik untuk berbahagia adalah membahagiakan orang lain.

“…Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia, dan pekerjaan yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan seorang muslim, atau menjauhkan kesusahan darinya, atau membayarkan hutangnya, atau menghilangkan laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’ktikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan…” (HR. Thabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 13646).