Sesuatu Itu Tidak Selalunya Seperti Yang Kelihatan

“Sesuatu itu tidak selalunya seperti yang kelihatan; penambilan pertama memperdaya ramai orang; hanya yang celik minda dapat melihat apa yang tersembunyi.” – Phaedrus.

Jangan mudah menilai seseorang atau sesuatu pada pandangan pertama, yang biasanya memperdayakan. Ramai yang pandai menyembunyi kelemahan diri, begitu juga ramai yang tidak pandai atau tidak mahu menonjol diri. Sesuatu yang terjadi ada cerita di sebaliknya. Hanya yang cerdik, dapat mengenali diri seseorang yang sebenarnya, atau melihat apa yang tersembunyi di sebalik sesuatu yang berlaku.

Integriti Kualiti Diinginkan

integritiIntegriti adalah melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa yang melihat atau mengharapkannya.

Integriti adalah kualiti diri yang semua orang inginkan, kecuali mereka yang tiada integriti. Seseorang yang mempunyai integriti bermakna beliau melaksana perkara yang betul dengan cara yang boleh diterima.

Integriti sebenar, atau integriti tahap tertinggi adalah melakukan perkara yang betul pada ketika anda tahu yang tiada siapa akan tahu sama ada anda lakukkannya atau tidak.

Integriti adalah kualiti yang mewujudkan “kegenapan” dan “kesempurnaan”, tiada pecahan atau kecacatan.

Terima Seadanya

Belajar untuk menerima seseorang atau sesuatu seadanya, bukan seperti yang kita harapkan…

Menerima seseorang seadanya tidak bermakna kita bersetuju dengannya. Anda mungkin tidak suka dengan apa yang mereka lakukan, tetapi apabila anda dapat menerima seseorang seadanya, tingkahlaku mereka tidak mengganggu emosi anda. Itu merupakan satu rahmat, kurang le tekanan perasaan kita.

Kecemerlangan Adalah Pilihan

Kecemerlangan“Cemerlang adalah hasil secara beransur-ansur sentiasa berusaha untuk melakukan yang lebih baik.” – Pat Riley.

Kecemerlangan tidak ada kena mengena dengan bakat, perwatakan, keadaan atau nasib. Kecemerlangan selalunya adalah pilihan. Jika anda mempunyai sikap positif dan sentiasa berusaha untuk melakukan dengan lebih baik, lambat laun anda akan mencapai kecemerlangan.

Tahap pencapaian adalah pilihan. Anda boleh memilih biasa-biasa saja, atau berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Apa yang perlu diingat: Anda tidak boleh meletakkan “cukup” sebagai sasaran dan mengharapkan anda akan dapat mencapai potensi penuh anda.

Impian Menjadi Kenyataan

Impian akan menjadi kenyataan hanya jika anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Impian anda akan tercapai jika anda menyediakan perancangan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Apa yang perlu dibuat adalah menentukan dengan jelas apa yang ingin dicapai. Laksana perancangan sedikit demi sedikit setiap hari, insya Allah anda akan mencapai impian anda. Di sepanjang perjalanan, anda akan menemui ranjau dan duri; teruskan perjalanan dan nikmatinya!!!

Alasan Kuat Pemacu Motivasi

Impian tidak akan menggerakkan seseorang untuk maju, alasan kuat disebalik impian itulah yang menggerakkannya.

Alasan kuat tersebut kemungkinan tujuan hidup, matlamat atau visi, atau pun keperluan penting. Tanpa “alasan kuat”, seseorang itu akan kehilangan motivasi untuk melaksana apa yang diperlukan untuk mencapai apa yang diimpikan.

Usah Menyalahkan Orang Lain

Salahkan Orang LainApabila anda menyalahkan orang lain, anda menguburkan kemampuan diri untuk membawa perubahan.

Sangat mudah untuk menyalahkan orang lain bila hajat kita tidak tercapai, usaha kita menemui kegagalan atau yang seumpamanya. Apabila menyalahkan orang lain, kita membuat alasan untuk menutup kesilapan diri sendiri. Kita merasa selesanya dengannya dan tidak berusaha untuk memperbaiki diri.

Hanya orang yang bijaksana sahaja yang akan melihat ke dalam diri sendiri bagi mencari kesilapan untuk diperbaiki.

Artikel Berkaitan:
1. Jangan Menyalahkan Orang Lain.